Siapakah Para Nabi dan Rasul itu ?

Para nabi (al-anbiya') ialah jama' dari perkataan an-nabiy yang diambil dari kata kerja naba'. dalam kamu dijelaskan bahawa an-nabiy ialah org yang menyampaikan brta dari ALLAH Taala. Allah memberi berita kpd nabi tentang keesaanNYA, menjelaskan masalah ghabib dan memberitahu bahawa dirinya adalah seorang nabi. Dikatakan an-nubuwwah ialah ar-rif'ah. seseorang dikatakan sebagai seorang nabi kerana darjatnya yang tinggi berbanding dgn manusia lain.

Para nabi dan rasul itu ialah manusia pilihan ALLAH s.w.t untuk menyampaikan da'wah kpd para hambaNYA, menyampaikan khabar gembira kpd org2 beriman dan beramal soleh, bahawa mereka akan diberi pahala dan balasan yang baik di dunia dan akhirat. Disamping itu juga, mereka memberi ancaman kepada org2 kafir yg tidak beriman bahwa mereka akn mendpat seksaan dan tempat kembali yg buruk. Berhubung perkara ini, ALLAH s.w.t telah menjelaskan melalui firmanNYA yg bermaksud : "Dan tidaklah Kami utuskan rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan membawa amaran, kemudian seisapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka tidak akan berduakcita." (surah al-An'am :48)

Para nabi dan rasul menerima ilmu dari ALLAH s.w.t melalui akal dan pancaindera dengan pelbagai cara seperti dengan dimasukkan terus ke dalam hati, melalui perantaraan malaikat yang menyamar sebagai manusia, menerusi mimpi yang benar ketika tidur dan pelbagai cara
rohaniah lain yang hanya dpt diketahui oleh nabi sahaja.Ilmu yg disampaikan dengan cara bertentangan dgn kebiasaan itu disebut wahyu.

Nabi ialah org yang menerima wahyu hanya untuk dirinya sendiri, manakala rasul menerima wahyu untuk dirinya sendiri dan bertanggungjawab menyampaikan risalah kpd kaumnya. Maka tugas seorang rasul ialah mengajak kaumnya ke jalan yg benar. berdasarkan pengertian di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa setiap rasul adalah nabi, tetapi setiap nabi tidak semestinya seorang rasul....

Di sini ceritakan latar belakang Ibnu Kathir, pengarang Kisah Para Nabi,Pengajaran dan Iktibar ini.semoga kita mengenali serba sedikit latar belakang ulama' yg telah mengarang buku ini.
Semoga kita dapat menceritakan kepada anak cucu cicit kita siapa tokoh-tokoh islam yang kian dilupakan angkara terlalu mengagungkan tokoh barat...
Wallahhua'alam..

Ibnu Kathir merupakan seorang ilmuan di bidang hadis dan juga seorang ahli tafsir. Nama lengkapnya ialah Ismail bin Umar bin Kathir bin Dhau' bin Dara' al-Quraisy. Beliau bermastautin di Busra (Basra) kemudian berpindah ke Damsyik (sekarang Damakus, syiria).

Ibnu Kathir dilahirkan pada tahun 701H/1320M di daerah Mujaddil, sebuah daerah yang termasuk sebahagian wilayah kota basrah, syam. Ayahnya adalah anak jadti Basrah, sementara ibunya berasal dari Mujaddil. Beliau meninggal dunia di Damsyik, pada hari khamis, 26 Syaaban tahun 774H/1373H. Jenazah beliau diusung oleh para pentakziah yg sgt ramai dan dimakamkan berhampiran pemakaman Syeikh Ibnu Tamiah. Tepatnya, di pemakaman para ahli sufi, di luar pintu Kota an-Nash di Damsyik.

Ayahnya bernama Abu Hafsin Syihabuddin Umar bin Kathir. Beliau adalah salah seorang ilmuan fiqh dan juga seorang pemidato yang tersohor. Beliau dilahirkan (sebagaimana disebutkan oleh puteranya-Ibnu Kathir) di penghujung tahun 645H/1242M.Ibnu Kathir berpindah ke kota Damsyik bersama ayahnya pada tahun 706H/1306M. Ketika itu usia Ibnu Kathir baru mencecah 5 tahun.

Ibnu Kathir menghafaz al-quran dan berhasil menyelesaikan hafazanya pada tahun 711H/1311M. hal itu dijelaskan dalam biografinya. mulanya ibnu kathir mendalami ilmu dgn dorongan dan bimbingan saudaranya, Abdul Wahab. Selanjutnya beliau berusaha belajar dibawah bimbingan ulama terkemuka di masanya. Ibnu Kathir belajar di bawah bimbingan Syeikh Burhanuddin al-Fazari dan syeikh kamaluddin bin Qadhi Syuhbah. Ibnu Kathir juga belajar dan menghafaz kitab at-Tanbih, karya asy-Syirazi dalam cabang Mazhab Syafie dan Mukhtashar Ibnu hajib di bidang Ushul Fiqh.

Menginjak dewasa, beliau belajar dibawah bimbingan Abul Hijaj al-Muzi. Ibnu Kathir dinikahkan dengan anak gadis ulama ini. Ibnu Kathir juga dikenali sebagai salah seorang murid pintar dan terkemuka Ibnu Taimiah.

wassalam.
08 Mac 2010 bersamaan 22 Rabiulawal 1431 Hijrah.
02.00am

Alhamdulillah...syukur kita kepada ALLAH kerana dgn kurniaNYA dapat kita mencoret, menulis dalam menyampaikan pengetahuan kita walaupun hanya sepotong ayat...
Biarpun ana ketahui ramai yg telah pelajari, khatam tentang kisah para nabi kita...namun ia sekadar berkongsi, atau pun mengingati semula ape yang telah kita lupai.

ana ni bukan la ustaz, tetapi seseorang yang suka kepada ilmu.mudahan dengan itu dapat la para sahabat sudi berkongsi dan dengan itu ALLAH memberi kita kefahaman tentang ISLAM.ameen...

di sini ana nk menaip la kisah2 para nabi...rujukan ana adalah dari "KISAH PARA NABI,PENGAJARAN DAN IKTIBAR" Ibnu Kathir.

Kepada yg telah ketahui tentang kisah yg ana tulis, aggaplah ia adalah refresh, bagi yg belum tahu, boleh la terus membaca.....

mudah2an, kita semua diberkati ALLAH..........

Assalammua'alaikum w.b.t kepada semua sahabat-sahabat, pengunjung-pengunjung serta kenalan yang mengenali ana. Maafkan ana yang telah lama tidak update blog ni. disebbkan pelbagai ujianyang hadir menerjah tatkala berlalunya sesuatu ujian itu.

Tak kurang juga ketandusan idea didalam penulisan berbanding sahabat2 lain...

alhamdulillah, biarpun telah pun memasuki bulan ketika 2010 bersamaan bulan rabiulawal 1431hijrah, masih belum terlambat bg ana untuk mengucapkan kepada semua selamat menyambut tahun 2010 bersamaan 1431 hijrah. semoga tahun ini memberi perubahan kepada yang lebih baik dari tahun2 sebelum ini.

tidak lupe juga ana ingin mengucapkan selamat menyambut mauldur Rasul kepada semua Umat Islam....semoga dengan ini kita diberi suntikan baru di dalam perjuangan menengakkan ISLAM di muka Bumi ini.

alhamdulilah, ditahun ini diberi ilham olehNYA utuk mencoret sesuatu di dalam blog ini secara berterusan.mudah2an diberi kekuatan dan istiqamah di dalam penulisan.


wasalam.Salam Maulidur Rasul 1431hijrah.